PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR ANTARABANGSA
UNIVERSITAS NEGERI SEMARANG KE UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA, CAWANGAN PULAU PINANG
Ditulis oleh: Ts. Dr. Mohd Samsudin Abdul Hamid

Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Pulau Pinang dengan kerjasama Fakultas Teknik, Prodi Teknik Sipil, Universitas Negeri Semarang, Indonesia melaksanakan program pertukaran pelajar di bawah program Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Awam (Infrastruktur).

Program ini telah dilaksanakan buat kali ke-3 semenjak tahun 2020. Program ini merupakan salah satu keperluan pengantarabangsaan UiTM Cawangan Pulau Pinang di bawah ‘Office of International Affairs’ Universiti Teknologi MARA. Bagi semester October 2022 hingga Februari 2023, seramai 7 orang pelajar daripada UNNES telah mengambil bahagian pada kali ini.

Mereka merupakan pelajar tahun kedua dan ketiga yang mengambil bahagian dalam program ini. Mereka adalah Bella Nantania Mashela, Ade Marasso Jelang Ramadhan, Nur Savika Sari, Inas Salma Devianti, Ning Ghivany Ayu Praditiya, Fadhila Rizqina Heriyanto dan Stephani Solagacia Simbolon.

Pelaksanaan ini juga merupakan sebahagian daripada aktiviti yang dijalankan hasil daripada Perjanjian Persefahaman yang telah ditandatangani secara bersama di antara Universiti Teknologi MARA dan Universitas Negeri Semarang. Para pelajar ini juga akan terlibat secara langsung dalam aktiviti di dalam pusat pengajian termasuk pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti-aktiviti lain.

Bagi semester ini pelajar-pelajar tersebut megambil mata pelajaran ‘Geotechnical Engineering’, ‘Highway and Traffic Engineering’, ‘Indeterminate Structure’, ‘Determinate Structure’, ‘Hydraulics’ dan ‘English’.

Dalam pada itu, pelajar-pelajar ini telah diletakkan dibawah penasihat akademik yang dilantik iaitu Ts. Dr. Mohd Samsudin Abdul Hamid dan Dr. Hj. Anas Ibrahim. Selain itu, En. Mohd Azuan Tukiar juga bertindak selaku pegawai yang membantu dalam aspek keberadaan pelajar selaku Ketua ‘Student Resident Staff’.